Sunday 14 August 2011

^^ KEBENARAN ^^

Ramai yang beranggapan Mr.Kin akan menyalahkan orang lain atas segala permasalahan yang berlaku dalam SYARIKAT ... Dan ada juga yang berkata yang Mr.Kin mula create cerita TIPU untuk selamatkan nama beliau dalam dunia perniagaan ... Malahan bekas STAFF saya juga telah mempengaruhi beberapa orang dengan menyatakan Mr.Kin telah membuat cerita palsu tentang diri beliau ... Jika anda perasan semua apa yang saya nyatakan sebelum ini saya sertakan sekali dengan BUKTI-BUKTI kukuh serta DOKUMEN-DOKUMEN RASMI ... Mr.Kin tidak bercakap kosong untuk membuktikan segalanya ... Jika benar Mr.Kin telah SONGLAP RM50 juta sila buktikan dengan slip-slip pembayaran ataupun apa segala dokumen yang anda ada ... 

Ingin Mr.Kin nyatakan bahawasanya segala kekayaan yang Mr.Kin kumpul sebelum menubuhkan Program Kesetiaan ini telah hilang dan habis digunakan untuk membantu ahli-ahli yang telah ditipu oleh beberapa individu dengan memanipulasi Plan Pemasaran Asal ... Anda tidak perlu risau kerana Mr.Kin akan memaparkan penyata akaun Mr.Kin dari 2008 sehingga sekarang untuk membuktikan lagi kata-kata Mr.Kin sebelum ini ... Saya juga akan memaparkan sekali penyata akaun Imuone  serta IDC LOYALTY bagi mengukuhkan lagi segala kata-kata Mr.Kin ...

Mr.Kin akan update blog ini setiap hari bagi membolehkan anda mengetahui perkara sebenar yang terjadi sebelum ini ... Dimana Mr.Kin telah diugut BUNUH oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab ... Menghantar gangster ke rumah Mr.Kin untuk meminta wang ... Mr.Kin pernah beberapa kali membuat bayaran kepada ahli melalui Leader yang dilantik tetapi malang sekali kerana duit yang diberi kepada Leader tersebut tidak sampai ke tangan ahli-ahli yang setia menunggu ... Mana perginya duit tersebut ??? Mr.Kin akan bongkarkannya tidak lama lagi ...


Ada juga diantara ahli membuat laporan polis menyatakan telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Mr.Kin @ akaun company pada tarikh-tarikh tertentu tetapi apabila semakan dibuat berulang-ulang kali ternya ahli tersebut telah menipu kerana tiada sebarang transaksi pada tarikh yang dinyatakan ... Tetapi jika ahli-ahli membuat semakan semula duit yang dinyatakan tersebut dimasukkan kedalam akaun individu lain yang digelar (LEADER) ... Untuk membuktikan kata-kata saya ini, maka saya akan memaparkan laporan polis yang dibuat keatas saya serta bukti bagi menepis segala tuduhan tersebut ...


Nantikan pendedahan selanjutnya dalam waktu terdekat ini .... TUNGGU !!!!!!

No comments: