Tuesday 9 August 2011

^^ RAJA KASIH SAYANG ( digelar DATUK PADUKA SORIA RAMLI) (part2) ^^

Mungkin ramai ahli-ahli menganggap insan yang bernama DATUK PADUKA SORIA RAMLI seorang idol kerana semasa beliau bercakap mengenai pengalaman, beliau akan bercerita mengenai kesusahan beliau dan kepayahan hidup yang ditempuhi beliau sebelum berjaya dalam bidang NETWORKING. Senang cerita berjaya didalam IMUONE (IDC LOYALTY) walaupun beliau melemparkan kata-kata yang beliau tidak pernah menjadi JUTAWAN semasa didalam IMUONE. Jangan sesekali BERDUSTA wahai DATUK PADUKA SORIA RAMLI, ramai sedia maklum semasa anda membuat pembentangan pelan pemasaran anda, anda sentiasa membawa buku-buku bank anda untuk ditunjukkan kepada ahli @ prospek. Jika anda berdusta maka apa yang saya katakan ini juga DUSTA. Masih segar dalam ingatan saya kata-kata seorang insan yang BERJAYA bahawa kita perlu menerapkan budaya KASIH SAYANG tapi KASIH SAYANG apa yang dimaksudkan?????? Semasa berdepan dengan D'President atau SMS dengan D'President semua kata-kata yang keluar semuanya indah belaka siap umumkan dalam page FB beliau menyatakan sesuatu yang baik serta jalinan kerjasama yang baik dengan D'President. Seingat saya pada 19/03/2010 semasa perjumpaan LEADER-LEADER BESAR di Club House (Midvalley) beliau ada menyatakan sesuatu bahawa Satu Jawatankuasa Bertindak  harus diwujudkan untuk membela mereka-mereka yang tertindas. Beliau juga berkata apabila D'President sudah pandai menggunakan KOMPUTER, maka habislah sistem diubahnya kerana beliau begitu MARAH. MARAH disebabkan oleh Ahli-Ahli yang dahulunya bernaung dibawah beliau telah ditarik keluar dan dipindahkan dengan alasan atas arahan D'President kerana D'President sudah pandai MENGGUNAKAN KOMPUTER.... hahahahahahahahaha.... Setiap kata-kata anda masih segar dalam ingatan kami. Sedarlah wahai  DATUK PADUKA SORIA RAMLI bahawa anda telah menghilangkan diri apabila telah mengutip keuntungan yang begitu DASYAT, sehingga dapat memenuhkan penyata buku bank dengan jumlah yang begitu banyak. Ingat lagi kes yang anda lakukan dengan menjual IP dengan kadar yang lebih rendah sehingga mendapat tentangan keras daripada LEADER_LEADER BESAR (IDC LOYALTY). Sudah LUPA ataupun BUAT-BUAT LUPA ????? Jika lupa tidak mengapa saya ada bukti yang akan membuatkan anda mengingati perkara tersebut...




 
Apabila baca SURAT AMARAN  ini pun KELAKAR juga, manakan tidak.......sila baca dan fahami bait-bait perkataan yang digunakan, seolah-oleh ditulis oleh seseorang yang cetek ilmu penggunaan bahasa. Mengeluarkan SURAT RASMI dengan menggunakan perkataan KAMPUNG.... hahahahahahaha ......
Tengok TAJUK pun dah tahu tidak PROFESIONAL. Tengok saja tajuknya " SURAT PERINGATAN AMARAN PERTAMA KEATAS NAMA EN.SORIA" ... 


p/s : akan ada lagi pendedahan berikutnya selepas ini... 



"BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH "

"BUKAN PERMUSUHAN YANG DICARI" 

"JIKA ADA YANG BERANGGAPAN SEMUA INI FITNAH, SILA KEMUKAKAN BUKTI ANDA ATAUPUN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG"


No comments: